hadiah porsche

Dapat Hadiah Porsche Hijau Sempena Hari Bapa Ke Zaquan?

Zaquan dapat hadiah Porsche? Peminat bolasepak tempatan tertanya-tanya dengan tindakan pemain Skuad Helang Merah, Zaquan Adha Abdul Radzak memuat naik gambarnya bersama sebuah kereta Porsche berwarna hijau.

Dapat Hadiah Porsche?

Antara persoalan yang bermain di dalam fikiran para peminat bolasepak adakah Porsche jenis GT3 RS itu hadiah hari bapa buat Zaquan walaupun dia hanya menulis kenyataan ringkas bersama gambar berkenaan yang bertulis seperti di bawah:

“Terima kasih atas hadiah ini. Hadiah hari bapa,” kata Zaquan beserta gambar bersama keluarganya di Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat pastikan apakah itu adalah hadiah hari bapa yang disambut kelmarin. Mungkin kenyataan Zaquan dalam perkongsian itu merujuk kepada hadiah yang lain.

Peminta teruja dengan perkongsian Zaquan itu yang kebanyakan komen yang diterima lebih terarah kepada kereta Porsche berwarna hijau berkenaan.

Baca – Perniagaan Hebat Azmeer Yusof, Tonggak Pertahanan Kedah

Sumber: BH Online

Agak-agak hadiah apa dan daripada siapa dan anda pula dapat hadiah apa tahun ini daripada yang tersayang?

Leave a Comment