west brom

West Brom Kembali Semula Ke Liga Perdana Inggeris

LONDON: Skuad The Baggies berjaya mengesahkan tiket ke Liga Perdana musim depan selepas terikat 2-2 dengan Queens Park Rangers (QPR) awal pagi tadi.

Hanya dengan keputusan seri itu, West Brom berjaya mengiringi Leeds United ke Liga Utama yang meraih slot selaku juara Liga Kejuaraan.

Kepulangan Semula West Brom Membanggakan

Kepulangan semula West Brom ke Liga Perdana Inggeris adalah detik paling membanggakan dalam karier Slaven Bilic setelah berjaya menamatkan kempen selaku naib juara Divisyen Satu itu ekoran kekalahan 1-2 yang dialami pasukan tangga ketiga, Brentford kepada Barnsley, manakala Fulham pula terikat 1-1 dengan Wigan.

“Anda tidak tahu betapa peritnya musim ini. Anda tidak dapat bayangkan betapa bangga dan gembiranya saya, ia sukar dipercayai (West Brom kembali dalam kancah Liga Perdana Inggeris).

“Saya mengendalikan skuad negara saya selama enam tahun. Sebelum ini saya kata tiada kelab yang mampu menandingi rasa bangga membimbing pasukan kebangsaan tetapi hari ini saya rasa amat bangga,” kata Slaven Bilic yang juga bekas pengurus Croatia itu.

Juara Piala FA 2013, Wigan pula tersingkir ke League One bersama Hull City dan Charlton. Charlton tewas 4-0 di Leeds, yang menerima trofi Liga Kejuaraan pada perlawanan – trofi pertama mereka sejak tahun 1992. – Utusan Malaysia

Baca: MotoGP – Kemenangan Quartararo Lonjak Nama Malaysia

Leave a Comment