Wan Kuzri

Wan Kuzri Sah Akan Sertai Skuad B-18 Tahun Negara

Pengurus pasukan bolasepak Bawah 18 (B-18) negara, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar sahkan Wan Kuzri Wan Kamal akan menyertai kem latihan pusat menjelang Kejohanan Bolasepak B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada bulan Oktober depan.

Siapakah Wan Kuzri?

Menurut Football Tribe, perkara ini disahkan Kamarul Ariffin selepas pemain dari St Louis FC iaitu sebuah Akademi Kelab di Amerika Syarikat menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia.

Wan Kuzri merupakan adik kepada bintang muda Wan Kuzain yang beraksi bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (Major League Soccer) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City.

“Pasti, kami sedang menunggu dan dalam proses terakhir membawanya pulang dan beliau bersedia mewakili Malaysia,” katanya lagi.

Wan Kuzri dijangka akan menyertai kem latihan pasukan negara secara kuarantin bermula dari hujung bulan ini.

Pada Kejohanan B-19 AFC 2020 nanti, Pasukan Kebangsaan berada dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Yaman, Qatar dan Tajikistan.

Baca – Peluang Marcel Kalonda Sertai Harimau Malaya Tampak Cerah

Harapan kita agar skuad ini membawa pulang kejayaan yang cemerlang nanti bagi membuka mata semua pemerhati bolasepak tentang Bolasepak Malaysia.

Leave a Comment