wan kuzri

Wan Kuzri Mungkin Tidak Dipanggil Bagi Latihan Fasa Kedua

Wan Kuzri Wan Kamal mungkin tidak akan menyertai sesi latihan bagi fasa kedua bagi skuad bawah (B-19) tahun negara yang dijangka akan diadakan pada bulan depan.

Ketua jurulatihnya, Brad Maloney berkata beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk memanggil semula Wan Kuzri bagi menyertai sesi latihan seterusnya. Ini termasuklah perbincangan dengan Akademi Bola Sepak St Louis di AS dan juga faktor prosedur membabitkan C0VID-19.

Kenapa Wan Kuzri Mungkin Tidak Dipanggil?

Maloney perlu bincang perkara itu kerana Wan Kuzri mungkin terpaksa kembali kepada kelabnya. Pasukan harus mempertimbangkan beberapa perkara seperti keperluan kuarantin akibat C0VID-19 dan banyak faktor lain yang harus dipertimbangkan.

“Kami juga perlu bekerjasama bersama dia dan kelabnya untuk mendapatkan penyelesaian terbaik jika dia boleh menjadi sebahagian daripada skuad untuk latihan pusat yang akan datang,” kata Maloney ketika ditemui pada sesi latihan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Selepas tamat tempoh kuarantin selama 14 hari, Wan Kuzri mula menyertai latihan bersama skuad negara sejak Khamis lalu dan latihan pusat fasa satu itu akan berakhir pada hari Ahad ini.

Tambah Maloney, buat masa ini pasukannya tidak akan mengadakan sebarang aksi persahabatan sepanjang kem latihan fasa satu.

“Kami memang mempertimbangkan untuk mengadakan aksi persahabatan, tapi selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan dan melihat reaksi daripada pemain, kami belum bersedia mengharungi perlawanan.

“Jadi, untuk latihan pusat kali ini kami tidak akan adakan sebarang aksi persahabatan, teruskan latihan dan mungkin pada kem latihan seterusnya kami akan adakan aksi persahabatan.

“Untuk latihan fasa kedua, kami akan menilai pemain mana yang akan dipanggil semula atau tidak,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca:

Apapun perancangan Maloney dan barisan jurulatih pasukan, kita mengharapkan sesuatu yang positif daripada skuad negara pada kejohanan besar nanti. – Berita Sukan

Leave a Comment