Vietnam Uji Kyrgyzstan

Vietnam Uji Kyrgyzstan Sebelum Berdepan Harimau Malaya di Bukit Jalil

Selepas tarikh bagi baki perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 disahkan oleh AFC, tanpa membuang masa Vietnam terus mencari lawan yang setara atau lebih berkualiti bagi menguji kekuatan sebelum berdepan dengan Malaysia nanti.

Vietnam Uji Kyrgyzstan Sebelum Bertemu Malaysia

Semalam, VFF membuat satu kenyataan bahawa mereka telah menerima jemputan dari pasukan kebangsaan Kyrgyzstan untuk mengadakan perlawanan ujian sebagai medan persiapan akhir. Kyrgyzstan adalah pasukan yang menghuni tangga ke 96 dunia dalam ranking FIFA.

Perlawanan ujian tersebut dijangka akan berlangsung di Hanoi pada 8 Oktober 2020. Ketika itu kedua-dua pasukan terbabit tidak mempunyai perlawanan peringkat kumpulan.

Skuad Kyrgyzstan dijadualkan akan bertemu Myanmar pada 13 Oktober 2020 di Mandalay dan ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk kedua-dua pasukan.

Sememangnya Pasukan Vietnam mahu mencari pasukan yang setaraf untuk memastikan pasukan mereka mendapat lawan yang berkualiti bagi mencari tempat ke pusingan 3 kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Pasukan Vietnam akan terbang ke Kuala Lumpur untuk berdepan dengan Malaysia selepas perlawanan bertemu Kyrgyzstan. Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya sebelum penangguhan perlawanan pada bulan Mac lalu.

Perlawanan pada 13 Oktober nanti sangat penting bagi kedua-dua pasukan kerana keputusan perlawanan tersebut bakal menentukan perjalanan mereka sama ada mampu untuk layak ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2022.

Sumber: VocketFC

Harapan kita apa jua yang pasukan Vietnam lakukan, kita optimis bahawa Pasukan Harimau Malaya berpeluang besar untuk layak ke pusingan seterusnya – Berita Sukan

Baca – Isaac Angking Belum Sedia Beraksi Dalam Liga Malaysia

Leave a Comment