VALENTINO ROSSI

Valentino Rossi Akui Motor Tak Sedap Ditunggang Pada Suhu Panas dan Lambat Pick Up

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, hairan setelah tampil kurang cemerlang pada latihan bebas pertama dan kedua MotoGP Jerez 2020 pada Jumaat lepas.

Rossi gagal berada di kedudukan 10 teratas dalam dua sesi tersebut. The Doctor hanya berada di tangga ke-13 pada FP1 dan ke-20 dalam FP2.

Walhal rakan sepasukannya Maverick Vinales, sangat cemerlang dan berada di kedudukan kedua dalam FP1.

Apa Yang Tak Kena Dengan Valentino Rossi Sebenarnya?

Rossi terus hambar dan mencatatkan keputusan lebih buruk di FP2 dikala Vinales menamatkan saingan di tangga ketujuh dalam FP2.

Dalam pada itu dua pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo, tampil bergaya mendominasi kedudukan pertama dan kedua dalam FP2.

Aksi Rossi di Jerez. Foto: Twitter

Rossi sendiri tidak pasti apa yang berlaku kepada jentera yang ditunggangnya tidak cukup cepat untuk mencapai top speed dan masalah pada tayar belakang.

Dipetik daripada Speedweek, Rossi berkat: “Ini hari yang sukar buat kawe deh. Kawe tak dapat memecut mencapai top speed dengan cepat.”

“Prestasi kawe lebih baik sebelah pagi. Tetapi pada sesi kedua, kami berdepan kesulitan.”

“Kami bermasalah dengan suhu pada tayar belakang motor kawe. Dan juga satu lagi, masalah pada grip.”

“Cuaca pada pagi lebih sujuk, jadi kawe lebih dekat sikit dengan pelumba lain. Ketika sesi dalam cuaca panas, saya kesulitan dengan suhu tinggi.”

“Kawe jadi tak selesa dengan motor kawe. Kawe gagal untuk melakukan konering dengan lebih cepat,” tegas Rossi yang tanpa sedar berkecek campur slank Kelate dalam artikel ini.

Rossi atau The Doctor berharap masalah itu segera diatasi oleh team kejuruteraan dan mekanik beliau.

“Persaingan di antara pelumba sekarAng ni sangat sengit. Saya berada di tiga terakhir pada aksi siang, tertinggal kira kira 1 saat daripada pendahulu.”

Sumber: Axello

Adakah terlalu awal untuk mengukur keupayaan Valentino Rossi atau beliau sedang melalui penghujung karier sebagai pelumba MotoGP? Kita tunggu dan lihat melalui perlumbaan yang seterusnya. – Berita Sukan

Leave a Comment