undertaker umum bersara

Undertaker Umum Bersara Selepas 30 Tahun Bergusti

Undertaker Umum Bersara – Penggusti, Mark William Calaway atau lebih popular dan dikenali dengan nama ‘The Undertaker’ akhirnya umum bersara dari arena gusti selepas 30 tahun berkecimpung¬† walaupun sebelum ini sudah dua kali beliau umumkan persaraan.

Undertaker Umum Bersara

The Undertaker kini berusia 55 tahun mengumumkan persaraannya menerusi video di laman Facebook miliknya serta memuatnaik gambar dan ucapan terima kasih buat peminat-peminatnya di seluruh dunia.

Beliau memulakan karier profesional sebagai ahli gusti pada tahun 1987 dengan menyertai World Champion Class Wrestling (WCCW). Pada Tahun 1989 pula beliau mula menyertai World Champion Wrestling (WCW) sebagai Mean Mark.

Oktober 1990, memulakan karier di World Wrestling Federation (WWF) sebagai taping Superstar untuk watak Kane. Selepas itu barulah beliau muncul sebagai The Undertaker.

Baca – Hanya 3 Pusingan Untuk McGregor – Justin Gaethje

Sumber: Siakap Keli

Semua peminat WWF mahupun WWE tertunggu-tunggu kemunculan Undertaker dan ingin melihatnya beraksi. Ini kerana wataknya yang menakutkan tetapi sangat menghiburkan kita semua. Selamat berpencen Undertaker!

Leave a Comment