tukar Status Kepada FC

Tukar Status Kepada FC (Kelab) Atau Lupakan Saingan Asia

KUALA LUMPUR: Sudah empat tahun arahan supaya tukar status kepada FC, namun tidak pernah ambil peduli. Akibatnya, ada pasukan Liga Malaysia (Liga M) mungkin tidak dibenarkan beraksi pada peringkat Asia musim depan kerana gagal tukar status kepada FC (kelab).

Hal ini didedahkan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John. Katanya, walau Liga Malaysia antara liga yang popular dan menawarkan gaji lumayan, namun ia juga merupakan satu-satunya liga di Asia bahkan Asia Tenggara yang masih menghantar pasukan bertaraf persatuan untuk beraksi pada peringkat tertinggi.

Tukar Status Kepada FC (Kelab) Atau Lupakan Saingan Asia

Sekalipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran kepada persatuan-persatuan negeri dengan melanjutkan tempoh akhir penswastaan, namun Windsor menegaskan AFC tidak bertolak ansur seperti FAM itu.

“Kalau pasukan dari Malaysia masih gagal bertukar status FC, mereka tidak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara, Piala AFC dan semua kejohanan bertaraf kelab anjuran kami.

“Benda ini bukan yang mengejutkan, bukan baru diberitahu bulan lalu. Kami dah cakap sejak empat tahun lalu.

”Kenapa kita beri penekanan dalam isu ini? Ia untuk kebaikan bola sepak Malaysia. AFC memerlukan semua pemegang taruh memastikan proses ini (penswastaan) berjalan sempurna supaya kita dapat menaikan taraf industri bola sepak profesional,” kata Windsor kepada Utusan Malaysia.

Ketika diwawancara bersama Utusan Malaysia, bekas presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat 90 peratus pasukan Liga Malaysia hanya berpura-pura menjadi ‘kelab’ dan masih bergantung kepada dana kerajaan.

Baca – Malaysia Mampu Layak Ke Piala Dunia B-20 Di Indonesia

FAM memberi tempoh sehingga September untuk semua pasukan menyelesaikan urusan pertukaran status. Walaupun sudah diberi tempoh akhir, difahamkan tidak sampai 50 peratus pasukan yang memenuhi syarat ditetapkan. – Berita Sukan

Leave a Comment