harga siling

TMJ Tak Sokong Harga Siling Dalam Liga M

TMJ atau Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkeras tidak akan bersetuju dengan pengenalan harga siling dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Jelas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, setiap pasukan eloklah bersifat ‘ukur baju di badan sendiri’ dengan berbelanja secara berhemah dan terkawal.

TMJ Bantah Harga Siling

Tunku Ismail berkata, pengurusan yang tidak bijak berbelanja perlu diuruskan individu lain yang lebih memahami cara pengurusan yang lebih baik.

“Pemain tidak perlu harga siling. Pengurusan kelab perlu lebih berdisiplin dalam berbelanja mengikut kemampuan pasukan.

“Dan segelintir pihak juga perlukan pentadbir baharu dalam pasukan,” katanya di laman Twitter miliknya selepas terdapat gesaan beberapa pihak supaya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan harga siling itu.

Gesaan agar harga siling ditetapkah adalah susulan beberapa pasukan dalam Liga-M dilihat terhimpit dengan masalah hutang terutama melibatkan masalah tunggakan gaji ke atas pemain dan jurulatih.

Terbaharu, pasukan Kedah terpaksa menanggung bebanan hutang RM10.6 juta yang perlu dilunaskan kepada pemain dan pegawai yang tidak menerima gaji sejak lima bulan lalu.

Pengurusan baharu pasukan Kedah mendedahkan ada pemain negeri itu menerima pendapatan sehingga RM125,000 sebulan yang dianggap terlalu tinggi seperti yang dilaporkan My Metro.

Kenyataan Tunku Ismail ini bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya ia sudah beberapa kali disuarakannyayang. TMJ merupakan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Selain itu, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) turut menolak cadangan itu kerana ia dilihat seperti mengundur ke belakang. – Berita Sukan

Baca: Lelong Pasukan Kedah dan Dapatkan Pemilik Baru

Leave a Comment