Lee Tuck

Kontrak Lee Tuck tak disambung tidak mengejutkan penyokong TFC

Kuala Terengganu: Kelab Penyokong Bolasepak TFC tidak terkejut dengan Keputusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd tidak menyambung kontrak ayam tambatan mereka, Lee Tuck untuk saingan musim depan.

Kenapa Kontrak Lee Tuck Tidak Disambung?

Mereka menganggap sebagai lumrah dalam sukan bolasepak walaupun kelibat pemain kacukan Malaysia-England itu masih berbisa dan merupakan tonggak pasukan.

Menurut My Metro, Presiden kelab, Mohd Isa Che Arifin berkata, keputusan itu mungkin didorong oleh perancangan lain pihak pengurusan selepas tiga musim pemain kelahiran Halifax, England itu bersama TFC.

Beliau mengakui Tuck adalah seorang pemain yang berdisiplin dan mempunyai kualiti tersendiri sebagaimana yang dibuktikan olehnya setiap kali diturunkan. Beliau juga berpendapat kemungkinan barisan jurulatih ada perancangan lain untuk membentuk barisan pemain yang lebih baik berbanding musim ini.

Lee Tuck
Lee Tuck merupakan salah seorang tonggak kekuatan pasukan TFC. Foto: Terengganu Football Club

“Tapi untuk bersaing terutama dalam pentas Piala AFC selain Liga Malaysia, barisan kejurulatihan perlu ada perancangan yang lebih rapi dan bersedia daripada awal untuk mewujudkan suasana baharu dan pasukan yang mantap.

“Bagi kami banyak yang perlu diperbaiki, jika tanya saya hanya empat bintang daripada sepuluh yang boleh diberikan kepada pasukan musim ini.

“Justeru pengambilan pemain import dan pemain tempatan baharu nanti perlulah yang lebih baik dan berkualiti bagi mengharungi saingan peringkat Asia yang sudah tentu disertai kelab-kelab gergasi,” katanya.

Baca – Selangor Berwajah Baru. Rufino Segovia, Taylor Regan dan Sandro digugurkan

Berikutan TFC berjaya ke pentas Asia, Mohd Isa menyatakan bahawa para penyokong begitu teruja selepas penantian selama lapan tahun menjadi kenyataan.

Katanya, sebagai penyokong mereka tentu berbangga apabila pasukan kesayangan mereka sekali lagi layak ke pentas yang lebih besar. Kali terakhir TFC layak ke pentas Asia adalah pada tahun 2012.

Leave a Comment