Azmeer Yusof

Tiada Lagi Kelibat Azmeer Yusof Dalam Skuad Lang Merah

Penyokong setia Skuad Lang Merah serta seluruh penyokong bolasepak tanah air pasti terkejut dengan keputusan Azmeer Yusof mengundurkan diri dari arena bolasepak secara tiba-tiba.

Azmeer Yusof Bersara

Azmeer telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri sebagai pemain bolasepak dengan alasan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan dan serta kerja-kerja kebajikan yang diidamkanya.

Sudah tentu peminat-peminat bolasepak Negeri Kedah Darulaman akan terasa kehilangan dan sedih atas pengunduranya. Ini kerana azmeer adalah seorang pemain pertahanan yang kental buat skuad Lang Merah.

Namun penyokong Kedah tetap merasa bangga apabila pemain itu berbuat demikian untuk memberi perhatian pada amal kebajikan dan perniagaan yang sedang diusahakan.

Para peminat Hijau Kuning menyokong hasrat azmeer dalam mengerjakan perkara yang dimuliakan itu dengan harapan kebajikan azmeer akan dibalas 1000 jenis kebaikan kerana rezeki allah itu sangat luas. Azmeer harus memanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Azmeer Yusof adalah seorang pemain pertahanan kental pasukan Lang Merah yang boleh dianggap terbaik sepanjang kariernya. Para penyokong mengucapkan terima kasih kepada Azmeer atas segala jasa bakti buat pasukan yang mana susah senang pahit manis kalah menang tetap digagahi bersama.

Dalam diam Azmeer adalah contoh yang terbaik untuk generasi yang akan datang. Diharapkan beliau terus menjalankan usaha murninya. Dengan harapan namanya dijulang didalam hati penyokong Kedah Darulaman serata rata.

Sumber: HKF

Baca – Perniagaan Hebat Azmeer Yusof Tonggak Pertahanan Kedah

Leave a Comment