Shahrel Fikri

Nama Shahrel Fikri Tiba-Tiba Melonjak dan Menjadi Buah Mulut

Shahrel Fikri, tiba-tiba menjadi buah mulut dikalangan peminat bola sepak tempatan selepas cemerlang menjaringkan 4 gol seterusnya membantu Perak menewaskan Felda United 5-1 dalam saingan CIMB Liga Super kelmarin.

Secara tiba-tiba juga beliau muncul sebagai penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020 mengatasi Dominique Da Silva dari Terengganu FC dengan jumlah 9 gol selepas 9 perlawanan.

Dalam perlawanan kelmarin, Shahrel juga menjaringkan gol yang cantik menerusi sepakan percuma pada minit ke 17. Jaringan itu telah memberikan semangat tambahan kepada beliau sekaligus menambah 3 lagi gol bagi membantu Perak mengutip 3 mata penuh.

Shahrel Fikri Buktikan Dia Penyerang Terbaik Tempatan

Shahrel telah membuktikan bahawa beliau layak digelar sebagai penyerang tempatan terbaik apabila berjaya manfaatkan peluang yang terhidang dengan menanduk masuk gol kelima pada minit 86.

Mehmet Durakovic sendiri mengakui sangat gembira dengan prestasi Shahrel Fikri kerana ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada penyerang import, De Paula. Beliau mengharapkan Shahrel mampu mengekalkan aksi yang konsisten seterusnya membantu Perak meraih slot ke AFC Cup 2021.

Shahrel pemain yang baik dan De Paula juga menunjukkan persembahan yang baik. Saya gembira, ia adalah hasil kerjasama satu pasukan, Shahrel tidak dapat melakukannya tanpa kerjasama semua.

“Secara jujurnya, pemain menunjukkan kesungguhan sejak awal perlawnan. Mereka menunjukkan k0mitmen dan disiplin yang tinggi. Saya gembira dengan persembahan pemain, tetapi sebagai jurulatih saya tidak boleh terlalu bangga dengan kejayaan malam ini,” katanya selepas perlawanan.

Sumber: VocketFC

Jaringan yang besar itu turut meletakkan Felda United berisiko tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan. Felda United kini berada di kedudukan 10 dan wajib memenangi baki 2 perlawnan yang akan datang.

Leave a Comment