Selangor

Selangor berwajah baru. Rufino Segovia, Taylor Regan dan Sandro digugurkan

Kuala Lumpur – Musim 2021 Selangor bakal tampil dengan wajah baharu di mana pasukan itu akan menggabungkan pemain muda dan pemain import yang lebih berkualiti.

Beberapa nama pemain senior dalam skuad Gergasi Merah akan digugurkan atau tidak disambung kontrak mereka bagi memberi laluan kepada perancangan tersebut.

Selangor Mahu Sekurang-kurangnya Satu Piala

Tindakan ini adalah perlu bagi memastikan Pasukan Selangor berjaya mencapai sasaran dengan sekurang-kurangnya memenangi satu piala dan menempah slot ke Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Menurut Arena Metro, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya mahu memberi laluan kepada pemain muda terutama daripada pasukan Selangor 2 untuk beraksi bersama skuad senior.

Shahril juga berkata, pengguguran beberapa nama dalam skuad utama bukanlah bermakna mereka tidak berkualiti. Mereka hanya dilihat sebagai tidak bersesuaian untuk dikekalkan berdasarkan kepada perancangan barisan kejurulatihan pada musim depan.

“Kita mahu menguatkan lagi pasukan utama sekali gus terpaksa menggugurkan beberapa nama sedia ada termasuk sebahagian besar pemain import.

“Pada masa sama, beberapa nama pemain muda daripada skuad Selangor 2 akan dibawa masuk manakala selebihnya bergantung pada keadaan nanti,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Menurut Shahril lagi, mereka tidak akan mengambil pemain import yang sudah beraksi dalam Liga Malaysia, sebaliknya akan mencari yang lain iaitu dari negara Eropah.

Juara Piala Malaysia 33 kali itu dikatakan antara pasukan terawal membuat rombakan dengan tidak menyambung kontrak beberapa pemain utama mereka.

Antara yang kemungkinan tidak disambung kontrak adalah Farizal Harun, Khyril Muhymeen Zambri, Zahril Azri, Anwar Ibrahim dan pemain kacukan Nick Swirad.

Manakala pemain import, Rufino Segovia, Taylor Regan dan Sandro da Silva digugurkan walaupun mereka adalah antara tunggak utama pasukan Gergasi Merah pada musim ini. – Berita Sukan

1 thought on “Selangor berwajah baru. Rufino Segovia, Taylor Regan dan Sandro digugurkan”

Leave a Comment