safee sali nasihat

Safee Sali Nasihat Luqman Hakim, Jangan Mudah Percaya Janji Bulan dan Bintang

Safee Sali nasihat pemain muda sensasi, Luqman Hakim Shamsudin dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan janji-janji manis terutama berkaitan dengan tawaran untuk beraksi di luar negara.

Sebagai Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali Peringatan meluahkan rasa bimbang dengan situasi yang membelenggu Luqman ketika ini.

Safee Sali Nasihat Luqman Agar Bijak Urus Masa Depan

Safee berkata, Luqman, 18 tahun, perlu bijak menguruskan masa depannya dengan mendapatkan nasihat yang betul supaya dia tidak menjadi mangsa pihak yang mahu mengambil kesempatan ke atasnya.

Luqman harus memandang positif teguran sebelum ini yang dibuat oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kenyataan TMJ itu harus difikirkan sebaiknya oleh Luqman kerana TMJ juga merupakan tokoh bola sepak yang berjaya di dalam negara ini.

Safee Sali nasihat Luqman Hakim
Luqman Hakim ketika menandatangani kontrak bersama ejen yang berpangkalan di London iaitu EL-EF Sport. Foto: Berita Harian

Safee Sali nasihat Luqman kerana dia memang mengikuti perkembangan semasa bola sepak dalam negara mengenai pemain tempatan ke luar negara dan terpanggil sebagai Presiden PFAM untuk memberi nasihat supaya pemain muda seperti Luqman Hakim tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan diri mereka.

Tambah Safee lagi, pemain jangan terlalu mudah percaya janji bulan dan bintang oleh pihak-pihak tertentu, sepertimana yang sering diperkatakan oleh penaung PFAM, Tunku Ismail dan walaupun kata-kata baginda mungkin kurang disenangi beberapa pihak tapi inilah hakikatnya.

“Saya faham jika ada yang mempertikaikan mereka yang tidak mempunyai sebarang pencapaian atau pengalaman.

“Tetapi tidak logik pula mempertikaikan Tunku Ismail seorang yang menguruskan kelab paling berjaya di negara atau Asia Tenggara di luar dan di dalam padang.

“Bercampur dengan pelbagai pihak dalam dunia bola sepak seperti pemilik kelab, ejen dan pemain dan seorang yang tahu ‘bisnes’ bola sepak ini macam mana,” kata Safee yang pernah berkelana ke Liga Indonesia pada 2011.

Sebelum ini, TMJ membuat pendedahan berkaitan tawaran kelab Belgium, KV Kortrijk kepada Luqman adalah disebabkan oleh desakan pemimpin politik negara dan bukannya secara merit.

TMJ membuat pendedahan itu bagi memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin politik supaya tidak mengambil kesempatan untuk meraih dan meningkatkan populariti diri sendiri di atas bakat Luqman.

Difahamkan selain tawaran KV Kortrijk, difahamkan pemain yang dilahirkan daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu turut diburu kelab England dan Jerman.

Kenapa Safee Sali Nasihat Luqman?

“Kini kelihatan ada yang mengambil kesempatan ke atas pemain dengan menjanjikan pelbagai perkara termasuk perpindahan ke England dan Jerman.

“Selepas itu keluar pula berita yang mengatakan perkara itu adalah tidak benar. Cukup-cukuplah menggunakan pemain untuk populariti sendiri,” kata Safee.

Sumber: MyMetro

Baca – Newcastle United Nafi Minat Khidmat Luqman Hakim

Kepada Luqman, betul juga Safee Sali nasihat agar jangan mudah percaya janji bulan dan bintang. Sebaiknya tanyalah pendapat orang yang lebih berpengalaman. Jangan terburu-buru membuat keputusan hanya kerana janji manis yang belum tentu pasti. Yang pasti ada pihak cuba mengaut keuntungan atas bakat beliau.

Leave a Comment