Ronaldo dan Neymar Ucap Hari Jadi Kepada TMJ

Terkejut juga sesetengah peminat bola sepak tempatan apabila bintang-bintang bolasepak dunia memberi ucapan hari keputeraan kepada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Ucapan Istimewa dari Ronaldo dan Neymar

Antaranya ialah ucapan istimewa daripada Cristiano Ronaldo dan Neymar menerusi laman instagram milik TMJ bersempena hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke 36 semalam.

ronaldo dan neymar
Komen Ronaldo seperti di bawah turut mendapat reaksi positif daripada beberapa pengguna media sosial:

“Happy birthday my friend (Selamat Hari Lahir Sahabat)”.

TMJ membalas komen daripada bekas pemain tersohor Manchester United itu dengan ucapan:

“Terima kasih Cristiano. Jumpa kamu lagi, semoga kamu dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik, sahabat.”

Bukan itu sahaja, Neymar yang juga bintang Paris Saint Germain (PSG), turut mengirimkan video khas ucapan selamat hari jadi kepada TMJ dan dikongsikan melalui paparan instagram story.

Dua otai juga iaitu bekas pemain Portugal (Luis Figo) dan bekas kapten England (David Beckham) turut memberikan ucapan hari jadi kepada TMJ melalui ruangan komen dan rakaman video.

Sumber: Vocketfc

Baca: Nelson San Martin Idam Kemudi Kedah

Berita Sukan juga ucapkan Selamat Hari Keputeraan ke 36 kepada TMJ.

Leave a Comment