Kejayaan Quartararo lonjak Nama Petronas dan Malaysia

Kejayaan Fabio Quartararo, pelumba yang mewakili pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), meraih kejuaraan sulung MotoGP di Litar Jerez, Sepanyol telah mengharumkan jenama Malaysia itu di pentas sukan permotoran antarabangsa.

Kejayaan Quartararo Lonjak Nama Malaysia

Menurut prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, kejayaan yang dilakar pelumba dari Perancis itu turut menaikkan jenama Petronas serta Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam saingan kelas premier perlumbaan dua roda berkenaan.

“Setakat ini, saya masih tidak percaya dengan apa yang terjadi, namun itulah keputusannya, kita dapat nombor satu.

Quartararo
Aksi Quartararo di Jerez tempohari.

“Pasukan satelit (Yamaha) pertama meraih kemenangan dalam sejarah perlumbaan MotoGP sejak 22 tahun lepas,” kata Razlan selepas perlumbaan itu.

Razlan menambah, Petronas Yamaha SRT terus melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan GP Andalusia yang dijadual berlangsung minggu depan di litar yang sama.

Quartararo, 21, yang bermula di petak depan mendahului pelumba Sepanyol Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha dan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dari Itali yang juga telah menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Sumber – Sinar Harian

Baca – Rossi Akui Motor Tidak Sedap Ditunggang Pada Suhu Panas dan Lambat Pick Up

Dalam perlumbaan pembukaan MotoGP musim 2020 ini, Marc Marquez selaku juara dunia, terjatuh di pusingan ke-22 dan gagal menamatkan perlumbaan. Seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli menamatkan saingan di tempat kelima. – Berita Sukan

Leave a Comment