azmeer yusof

Perniagaan Hebat Azmeer Yusof, Tonggak Pertahanan Kedah

Tonggak pertahanan pasukan Hijau Kuning, Azmeer Yusof menawarkan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di AY Barber Shop, iaitu kedai miliknya di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Azmeer berkata bayaran sebanyak RM7 akan dikenakan kepada kanak-kanak dan RM10 hingga RM15 bagi orang dewasa yang menggunakan perkhidmatan di kedainya.

kedai gunting azmeer

Apa Kata Azmeer Yusof

“Untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU percuma! Hasil dari perniagaan ini akan disalurkan kepada rumah mengaji saya. Insya-Allah.

“Ini juga salah satu pilihan kepada tuan puan untuk gunting rambut di dalam barber shop Islam,” katanya.

Azmeer Yusof adalah antara pemain bola sepak profesional di Malaysia yang aktif dalam perniagaan. Azmeer juga memiliki syarikat lori sampah AZYU Global Enterprise.

Difahamkan Azmeer sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan kedai gunting rambutnya yang kedua di Kulim.

Azmeer juga menyediakan rumah mengaji yang dibuka dari jam 9 pagi – 11 pagi di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.

Sumber Foto: Facebook
Sebahagian Sumber: BH Online

Tahniah kepada Azmeer kerana beliau telahpun merancang masa depannya dengan baik. Ini kerana kerjaya dalam bolesepak tidak lah berkekalan kerana ianya berpandukan faktor kecergasan, prestasi dan umur. Ini dikira perniagaan hebat Azmeer Yusof patut dicontohi oleh kita semua.

Baca – Allee Putra Azril, Dari Kampung Ke Malaga City

Leave a Comment