selangor

Selangor Terselamat Menerusi Penalti Minit Akhir Ifedayo

Sebelum ini kemerosotan pretasi pasukan Selangor menjadi perdebatan apakah berpunca daripada taktikal jurulatih atau pemain sendiri yang gagal memberi aksi terbaik. Perlawanan Liga Super malam ini seakan terjawab ketika Red Giants diikat 3-3 oleh UiTM FC.

Malam ini merupakan tugas pertama Michael Feichtenbeiner sebagai jurulatih sementara pasukan Red Giant dilihat berjalan dengan baik apabila Selangor mendahului 2-0 pada babak pertama.

Selangor Mendahului 2-0 Separuh Masa Pertama

Sebaik sahaja wisel sepak mula ditiup, Red Giants terus memberi tekanan kepada pertahanan UiTM FC. Akhirnya usaha Red Giants berhasil apabila gol pembukaan hadir pada minit ke-24 menerusi Ifedayo Olusegun yang memanfatkan umpanan Sandro da Silva.

Ketika babak pertama hampir berakhir, Sandro memastikan pasukannya masuk ke bilik persalinan dalam kedudukan selesa apabila menjaringkan gol kedua buat Red Giant.

Kedudukan 2-0 pada babak pertama menampakkan bahawa Selangor mahu bangkit daripada kekalahan memalukan 6-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, ketika babak kedua bersambung, UiTM mempamerkan kebangkitan luar biasa yang akhirnya mereka berjaya merapatkan jurang menerusi Gustavo Almeida dos Santos pada minit ke-48.

Gol tersebut ternyata menyuntik semangat skuad yang dikendalikan Frank Bernhardt untuk memburu gol penyamaan. Akhirnya Gustavo sekali lagi menjaringkan gol kedua buat UiTM pada minit ke-58.

Empat minit kemudian, Rabih Ataya, pemain tengah dari Lebanon, meletakkan UiTM FC di depan hasil rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Khairulazhan Khalid buat kali ketiga.

Walau ketinggalan, pemain Merah Kuning tidak berputus asa. Mereka kembali mengatur gerak mencari gol penyamaan. Ternyata usaha mereka akhirnya berjaya selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan selepas bola terkena tangan pertahanan UiTM, Victor Nirennold.

selangor
Penalti Ifedayo selamatkan Red Giant dari kekalahan. Foto: FASelangorMy

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Ifedayo untuk menyamakan kedudukan sekali gus membolehkan Selangor meraih satu mata berharga.

Sumber: Utusan

Baca: Pasukan Pahang Mahu Pastikan Kedah Pulang Hampa?

Apapun Tahniah buat pasukan UiTM FC kerana mempamirkan permainan yang menarik hingga memaksa pasukan Red Giant bekerja keras.

Leave a Comment