Marcel Kalonda

Peluang Marcel Kalonda Sertai Harimau Malaya Tampak Cerah

Ini adalah status terbaru berkaitan seorang pemain luar yang berhasrat menjadi pemain warisan negara ini. Marcel Kalonda sudah boleh tersenyum kerana segala urusan yang berkaitan nampak positif. Peluang Kalonda sertai Harimau Malaya nampak cerah.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima beberapa lagi dokumen berkaitan latar belakang pemain kelahiran Congo itu dengan Malaysia, seperti yang disahkan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam kepada Astro Awani

FAM Terima Dokumen Marcel Kalonda

Stuart menjelaskan dokumen tersebut membabitkan sijil kelahiran, sijil perkahwinan ibu bapa dan pasport pemain pertahanan berusia 22 tahun itu.

Ia tidak termasuk surat daripada Persatuan Bolasepak Republik Congo yang mengesahkan Kalonda belum pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Congo.

“Kami memang telah menerima beberapa dokumen baru daripada Kalonda dan masih dalam proses menyelidik bagi memastikan ia sah atau memerlukan lebih penjelasan. Jadi, kami perlukan beberapa hari lagi,” kata Stuart.

Stuart menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk beliau membuat pengesahan sebarang perkara. Dia menyatakan lagi bahawa team teknikal akan membuat semua pemantauan dan pemilihan.

Baca – Allee Putra Azril, Dari Kampung ke Malaga City

Sebelum ini, Marcel Kalonda, pemain pertahanan Kelab Zesco United itu menafikan beberapa laporan bahawa dia dilahirkan di Malaysia tetapi berminat untuk bermain dengan Harimau Malaya sebagai pemain warisan. Beliau menyataka bahawa datuknya berasal dari Malaysia. Dia dilahirkan di Kolwezi, Republik Demokratik Congo – Berita Sukan

Leave a Comment