pahang

Pahang Kecewakan Kedah

Pahang berjaya menghalang Lang Merah membawa pulang 3 mata dan menyukarkan misi pasukan itu untuk memburu gelaran naib juara Liga Super selepas menang 2-1 di Stadium Darul Makmur.

Kemenangan itu sungguh bermakna dan membakar semangat pemain-pemain skuad Tok Gajah bagi mengharungi dua lagi baki saingan liga kerana telah berjaya menjinakkan antara pasukan yang konsisten musim ini.

Pahang Melonjak Ke Tangga ke 6 Liga

Pasukan Tok Gajah kini melonjak ke tangga ke 6 liga dengan mengumpul 13 mata daripada sembilan perlawanan. Kedah kekal di tempat ketiga di belakang Johor Darul Ta’zim dan Perak.

Kedah membuka tirai pada minit ke 15 menerusi jaringan Tcetche Kipre pada selepas berlaku salah faham antara penjaga gol Pahang, Helmi Eliza dan pemain pertahanan.

pahang
Aksi pemain import kedua-dua pasukan. Foto: Pahang FA

Tok Gajah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40, apabila Adam Red berjaya menjaringkan gol apabila beliau tidak dikawal ketika bola yang ditepis oleh penjaga gol Kedah menuju ke arahnya.

Bermulanya babak kedua, Tok Gajah tidak menunggu lama apabila seawal minit pertama perlawanan bermula, mereka berjaya menjaringkan gol menerusi Nik Muhammad Sharif.

Menyedari peluang untuk menduduki tempat kedua liga menjadi sukar jika tewas, Kedah menggandakan asakan. Peluang terbaik muncul pada minit ke-79 apabila pengadil menghadiahkan sepakan percuma. Namun sepakan yang diambil Badrol Bahtiar berjaya didakap kemas Helmi Eliza.

Sehingga berakhirnya perlawanan, Pahang berjaya menggagalkan hasrat Kedah untuk terus mencatat kemenangan sekaligus berjaya mengutip 3 mata berharga.

Selepas ini skuad Tok Gajah akan menerima kunjungan Perak sebelum menutup kempen dengan bertandang ke Terengganu pada 10 Oktober.

Sumber: Utusan

Baca: Pahang Mahu Pastikan Kedah Pulang Hampa?

Akhirnya hasrat Pahang untuk menghalang Kedah tercapai memandangkan mereka juga perlu menang bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Leave a Comment