Orang Besi Skuad Tok Gajah Suka Patin Tempoyak?

Rupa-rupanya Dickson Nwakaeme, striker import Pahang gemar dengan masakan ikan patin tempoyak.

Pemain kelahiran Nigeria itu mengakui dalam sesi temubual ‘Sembang Raya’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Proton Hoi Keen 4s – Kuantan, hari semalam. Ianya turut dihadiri Mohamdou Sumareh, pemain naturalisasi Harimau Malaya.

Menurut BH Online, orang besi skuad Tok Gajah itu berkata dia terpikat dengan ikan patin ketika mencubanya di Temerloh selepas dipengaruhi oleh Damion Stewart bekas pertahanan Pahang dari Jamaica.

“Kali pertama saya mencuba ikan patin, ia menakjubkan, saya tidak cuba banyak (makanan) kerana jika saya cuba satu benda dan ia bagus, saya akan teruskan. Setakat ini ikan patin bagus.

“Saya cuba (makan ikan patin) di Temerloh, saya ingat Damion Stewart ketika dia beraksi bersama Pahang, dia suka ikan patin. Jadi saya cuba di Temerloh.

“Apa saja (masakan) berkenaan ikan patin bagi saya terbaik. Ikan patin tempoyak, ia sangat terbaik, menakjubkan. Saya (pernah) makan seekor (ikan patin) yang besar seorang diri,” katanya.

Sementara itu, Sumareh juga mengakui amat menyukai masakan rendang yang dianggapnya seakan-akan sama dengan makanan kegemaran di negara kelahirannya, Gambia.

Namun, dia agak kurang gemar dengan masakan Kelantan kerana kebanyakannya mempunyai rasa yang manis.

Anda bagaimana? Sejak bila anda mula makan patin tempoyak? Admin sejak 15 tahun yang lalu sudah mula meminati patin tempoyak – Berita Sukan.

Leave a Comment