Newcastle United Nafi

Newcastle United Nafi Minat Khidmat Luqman Hakim

NEWCASTLE United nafi minat Luqman Hakim Shamsudin dan mengesahkan mereka tidak memiliki sebarang perancangan untuk mendapatkan khidmat pemain muda berbakat Malaysia itu seperti yang diwar-warkan.

The Toons juga menegaskan pihaknya tidak akan membawa masuk mana-mana muka baru ke dalam skuad kendalian Steve Bruce. Tambahan pula kelab tersebut kini di ambang proses penukaran pemilik. Pemiliknya, Mike Ashley dikatakan telah bersetuju untuk melepaskan Newcastle United.

Jurucakap Kelab Newcastle United Nafi

Ketika dihubungi akhabar Malaysia, Sinar Harian semalam, jurucakap Newcastle United nafi dan  mengesahkan tiada sebarang rundingan membawa Luqman ke England seperti mana yang dihebahkan oleh beberapa media di Malaysia.

Luqman Hakim Shamsudin
Sebelum ini Luqman dikaitkan dengan beberapa kelab di Eropah

Sebelum itu, selepas tiada sebarang pergerakan aktiviti dari pengurusan kelab sepanjang C0VID-19, pengkritik bolasepak England melabelkan Newcastle sebagai ‘kelab zombie’.

Dalam masa yang sama pula, para penyokong Newcastle menantikan pengambil alihan pemilik baru kelab dalam usaha mengembalikan kegemilangan The Toons.

Pemilikan status pemilik baru Newcastle masih menjadi tanda tanya selepas taikun media Amerika Syarikat, Henry Mauriss bersedia untuk mencabar Putera Arab Saudi dengan membida kelab yang berpangkalan di Newcastle itu.

Sebelum itu, Luqman turut mendapat tawaran untuk menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk.

Sebagai salah seorang daripada 60 pemain muda terbaik di dunia, Luqman dikatakan telah telah menerima tawaran daripada dua kelab Eropah iaitu Newcastle United (EPL) dan Bayer Leverkusen (Bundesliga).

Rentetan daripada itu, kolumnis Sinar Harian menyifatkan pemain negara harus tahu hala tuju dalam meningkatkan karier mereka. Mereka tidak seharusnya membenarkan mana-mana individu mengambil kesempatan dalam senario perpindahan ke luar negara.

Sebagai pemain yang baru meningkat naik, Luqman dinasihatkan supaya mengambil nasihat yang betul dan mengkaji setiap aspek selepas ejennya, Lionel Foy dilaporkan dalam portal memberitahu kliennya akan membuat keputusan untuk menyertai kelab baharu pada akhir bulan ini.

Dalam pada itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan pintu sentiasa terbuka buat Luqman untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan proses perpindahan untuk bermain di luar negara.

Hamidin menjelaskan bahawa FAM adalah platform terbaik sebagai tempat rujukan utama buat pemain berusia 18 tahun yang berasal dari Kelantan itu.

Umum mengetahui pada pertengahan bulan ini, Luqman telah menandatangani perjanjian bersama Foy yang bertindak menjadi ejennya. Foy telah membuat pendedahan bahawa kliennya kini berada dalam radar  pasukan Bayer Leverkusen dan Newcastle. Namun kita sudah maklum bahawa Newcastle United nafi tentang berita tersebut.

Sumber – Sinar Harian

Baca – Allee Putra Azril, Dari Kampung Ke Malaga City

Harapan Berita Sukan agar Luqman tidak tersalah membuat keputusan yang mungkin akan merugikan karier beliau tetapi menguntungkan pihak lain. Harapan kami semoga Luqman berjaya dalam cita-citanya – Berita Sukan

Leave a Comment