Lagenda Kedah

Legenda Double Treble 2007/08, Nelson San Martin Idam Kemudi Kedah

Bekas legenda Kedah yang pernah mendapat jolokan jeneral padang era 2007 dan 2008, Nelson San Martin bercita-cita untuk terus mengembangkan karier kejurulatihannya di Malaysia.

Nelson yang hadir ke Stadium Darul Aman semalam memaklumkan bahawa selepas langkah pertama sebagai ketua jurulatih kelab Liga M3, Langkawi City FC (LCFC) pada Mac lalu, dia telah menyimpan cita-citanya untuk menjadi jurulatih di Malaysia terutama untuk bekas pasukannya Kedah.

Nelson San Martin
Nelson ketika beraksi dalam Piala Malaysia 2013 bertemu Lion XI di Stadium Jalan Besar, Singapura. Foto: Shirly Hamra (FAS)

Nelson San Martin Mahu Kemudi Kedah

Jika ada peluang untuk menjadi seorang jurulatih di Malaysia, beliau tidak akan lepaskan. Buktinya apabila menerima tawaran membimbing skuad Langkawi City FC pada tahun ini, beliau terus menerimanya. Ia berlaku hampir setahun selepas memperolehi sijil kejurulatihan bola sepak di Chile pada tahun lalu.

Kata Nelson dia bercita-cita untuk terus mengembangkan kerjaya sebagai jurulatih di Malaysia dan ia bergantung kepada peluang yang ada di masa depan.

Ujarnya lagi beliau bercita-cita untuk menjadi jurulatih Kedah dan juga tidak ketinggalan pasukan kebangsaan pada masa depan. Dia juga berharap dapat menimba pengalaman yang dimulakan di Liga M3, Liga Perdana dan seterusnya ke Liga Super.

Bagi Nelson San Martin, dia sedar bahawa menjadi seorang pemain dan jurulatih adalah dua tugas dan perkara berbeza. Namun jika dia mampu meraih kejayaan dibidang kejurulatihan, beliau sedar peluang untuk mara lebih jauh akan menjadi lebih cerah sebagai jurulatih.

Beliau lebih selesa bermula dari bawah walaupun secara perlahan, mana tahu mungkin di masa depan dapat dapat melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Nelson idam kemudin kedah
Nelson ketika melawat Stadium Darulaman semalam. Foto: KFA

Ketika hadir ke Stadium Darul Aman bersama bekas pemain dan juga bekas penolong pengurus Kedah, Amirul Nizam Mahadzir, Nelson mengakui masih merasai aura semangat Hijau Kuning di Stadium Darul Aman yang disifatkannya sebagai rumah keduanya.

Sumber: Hmetro

Baca – Safee Sali Nasihat Luqman, Jangan Mudah Percaya Janji Bulan dan Bintang

Berita Sukan menyokong hasrat Nelson San Martin namun beliau harus membuktikan dulu kemampuannya sebelum benar-benar mampu menggalas tugas yang lebih mencabar sebagai seorang jurulatih.

Leave a Comment