Malaysia Mampu Layak Ke Piala Dunia B-20 Di Indonesia

Pemain pertahanan kanan skuad bawah 19 tahun negara, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, 18, berkata, tidak mustahil bagi pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia B-20 tahun depan di Indonesia.

Fahmi Daniel berkata, Bagi mengejar misi besar itu, paling penting adalah semua pemain perlu bekerja keras memberi persembahan terbaik dalam Kejuaraan B-19 AFC yang akan dilangsungkan di Uzbekistan, Oktober ini.

Bagaimana Untuk Layak Ke Piala Dunia B-20?

“Kami dilatih dengan baik sebelum ini jadi semua sudah mengetahui kemampuan masing-masing. Untuk layak ke Piala Dunia B-20, saya rasa kita boleh lakukan cuma perlu fokus dalam latihan,” katanya.

Piala Dunia B-20
Bagi mencapai misi ke Piala Dunia B-20 di Indonesia, para pemain mestilah menunjukkan persembahan yang terbaik

Skuad Negara diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman pada Kejuaraan B-19 AFC. Kejohanan ini akan menjadi medan bagi kelayakan ke Piala Dunia B-20.

Muhammad Fahmi juga akui berdepan tugas sukar untuk bersaing merebut tempat dalam skuad akhir ke Uzbekistan. Ini kerana semua pemain yang dipanggil sangat berpotensi dan mempunyai kualiti yang terbaik.

“Sebelum ini pun memang ada persaingan, main bola sepak tiada yang tak ada persaingan. Kalau tiada persaingan lebih baik tak payah buat pemilihan.

“Persaingan ini memang bagus untuk bola sepak, jadi kalau tak ada persaingan kita tak jumpa mana yang terbaik. Keyakinan mesti ada dalam setiap diri pemain untuk mendapatkan tempat sebab kita nak mewakili negara.

“Ia memang perkara penting yang perlu ada cuma kita tak boleh terlalu yakin, tapi untuk mendapatkan tempat dalam skuad memang agak sukar sebab semua pemain ada potensi masing-masing,” katanya seperti yang disiarkan oleh Berita Harian.

Baca – KV Kortrijk Sedia Untuk Lepas Luqman

Kami mendoakan agar Skuad B-19 tahun Negara layak ke Piala Dunia B-20 di Indonesia nanti. – Berita Sukan

Leave a Comment