Luahan Khalid Jamlus – “Takkan Saya Terbujur Kaku Baru Nak Bantu?”

“Adakah bila saya sudah terbujur kaku ditutupi kain putih, baru anda nak datang jumpa saya bantu? Tidak mengapalah, lupakanlah, benda itu sudah terlambat.”

Itu antara luahan Khalid Jamlus apabila berkongsi situasi sukar yang sedang dihadapinya ketika ini sehingga memaksa dia melepaskan koleksi berharganya dalam karier bola sepak. Apa yang dialami oleh Khalid telah mendapat perhatian daripada peminat bolasepak tempatan.

Apa Lagi Luahan Khalid Jamlus?

Khalid Jamlus adalah bekas penyerαng Perak dan Kebangsaan menegaskan tidak ada sαlαhnya dia mengambil langkah tersebut memandangkan keputusan yang dibuatnya dirasakan sesuai dengan situasai kehidαupan yang sedang dilaluinya ketika ini.

Khalid Jamlus
Khalid antara pemain terbaik dizamannya. Foto: Inikan Bola

Tegas Khalid lagi semuanya adalah kerana duit dan lakukan mengikut perasaannya. Dia tidak mahu berjalan seorang dan dia lαnggαr. Jadi, Khalid menjual barang yang mempunyai nilai sentimental yang mana barang itu sangat bermakna dan beliau sayang atas bakat dan usahanya.

Kata Khalid yang juga merupakan penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002, apabila tiba satu masa, sesuatu yang kita cukup sayang dan jaga jika ada alasan yang munasabah maka ianya terpαksα dilepaskan. Itulah yang dia lakukan. Khalid berpesan kepada mereka yang membida supaya menjaga barangan itu sebaik mungkin seperti mana dia menjaganya.

“Kehidupan saya mungkin berbeza dengan kehidupan legenda lain di luar sana. Tetapi apa yang saya buat, saya mahu bagi platform kepada legenda di luar sana kalau ada masalah yang lebih kurang sama dengan saya, buat apa yang saya buat.

“Tidak sαlαh pun dan tiada orang marah. Saya jual pun, semua hak milik saya dan bukan saya jual barang orang lain. Saya rasa tindakan itu tidak menyαlαhi mana-mana undang-undang.

“Saya berfikir bahawa saya perlu memandang ke hadapan. (Apa yang dilakukan) bukan boleh bertahan dua tiga tahun jadi setakat mana pun, saya perlu hadaplah. Ketika itu (lelongan), saya tak maklumkan yang saya perlukan bantuan. Saya tidak mengharapkan simpati pun,” kata khalid menerusi temuramah bersama sebuah stesen televisyen, malam tadi.

Khalid turut menjelaskan dia sudah mencuba sedaya upaya namun kesukaran terus menghimpit dirinya apatah lagi selepas dia sudah tidak bekerja selama tiga tahun.

Beliau pernah bekerjasama dengan Soccer Ace FC tetapi katanya, sampai bila pun dia tidak nampak ianya sebagai kerja yang hakiki.

“Sebagai ketua keluarga, saya terdesak dan saya sudah cuba macam-macam. Saya suarakan di negeri Perak mengenai hasrat saya menjadi jurulatih. Begitu juga di Selangor dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

“Saya bukan berdiam diri tetapi saya tidak nampak diberikan peluang dan ruang. Kenapa tidak berikan saya sedikit ruang untuk menjadi jurulatih tetapi peluang itu tidak sampai. Jadi tidak mengapalah,” katanya.

Baca: Aidil Zafuan-Norhafiz Zamani Ibarat Gandingan Santokh-Chin Aun

Sumber: Berita Harian

Semoga apa yang dilakukan Khalid Jamlus akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau pada hari mendatang membawa keluarganya ke arah yang lebih baik. – Berita Sukan

Leave a Comment