latihan secara sentuhan

Latihan Secara Sentuhan Lebih Berkesan Untuk Liga M

Persiapan pasukan liga Malaysia (Liga-M) bagi menghadapi baki saingan liga yang ditangguhkan sejak Mac lepas menjadi lebih berkesan jika diberi kebenaran mengadakan latihan penuh secara sentuhan.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka, Asri Ninggal, barisan kejurulatihan pasti lebih mudah membuat perancangan terutama merencanakan latihan taktikal yang memerlukan semua pemain terlibat dalam satu sesi latihan.

Latihan Secara Sentuhan Lebih Berkesan

Menurut Asri dalam satu kenyataan semalam seperti yang disiarkan BERNAMA:

“Sememangnya ia pasti melegakan semua pasukan dan diharapkan cadangan ini nanti mampu diterima kerana saya rasa dalam peringkat ini, latihan penuh sudah boleh dimulakan bagi memudahkan jurulatih melakukan perancangan aspek taktikal.

“Tambahan pula terdapat kemungkinan liga akan bermula awal, saya rasa setiap jurulatih pasti mempunyai masa mencukupi dalam menyiapkan pasukan jika latihan secara penuh mendapat kebenaran.”

Katanya lagi dari segi pengurusan, kebenaran untuk mengadakan latihan secara sentuhan akan dapat mengembalikan keyakinan pihak penaja terhadap kesinambungan Liga-M Walaupun setakat ini tiada lagi keputusan muktamad mengenai kehadiran penyokong atau penontotn ke stadium.

Sebelum itu, Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan akan membawa cadangan memberi kelonggaran bagi semua pasukan mengadakan latihan secara kontak penuh pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 9 Julai ini.

Baca: Aidil Zafuan-Norhafiz Zamani Ibarat Gandingan Santokh-Chin Aun

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah, Andrew Majanggim pula mengingatkan semua pihak agar jangan terlalu ghairah sehingga mengabaikan SOP yang ditetapkan.

Sebagai antara rakan kongsi Liga-M, beliau sememangnya mahukan latihan secara sentuhan. Walau bagaimanapun beliau tidak mahu melihat pasukan gagal mematuhi SOP yang boleh menggugat potensi Liga-M.

Katanya Andrew lagi, dia tidak mahu keghairahan segelintir pihak nanti akan menutup peluang Liga-M bersambung pada tahun ini memandangkan penulαran C0VID-19 masih belum berakhir sepenuhnya.

Beliau mengingatkan agar setiap rakan kongsi bertanggungjawab terhadap pasukan masing-masing. – Berita Sukan

Leave a Comment