luqman

KV Kortrijk Sedia Untuk Lepas Luqman

Perkembangan terbaharu mengenai kedudukan terkini penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin melegakan kem skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara.

Dengan berbaki tiga bulan sebelum Kejuaraan B-19 AFC dilangsungkan, pengendalinya skuad itu, Brad Maloney membuat pengesahan selepas ini Luqman akan tetap bersama pasukan.

Sedia Untuk Lepas Luqman

Maloney menyokong keputusan Luqman untuk ke Belgium dan medoakan yang terbaik untuknya kerana berpendapat ia satu peluang yang bagus untuk Luqman mengembangkan lagi bakatnya.

“Saya difahamkan kelabnya (KV Kortrijk) akan melepaskannya untuk kejohanan ini dan persiapan terakhir kita. Bagus sekiranya dia kembali menyertai kita nanti supaya dapat mengharungi latihan sebaik mungkin.

“Sudah tentu saya mencari akan pemain yang dapat menggantikan kekosongannya dan beberapa lagi posisi dalam skuad ini,” kata Maloney.

Sebelum ini, Luqman adalah antara pemain yang tidak dipanggil menyertai kem latihan kali ini selain Firdaus Irman Mohd Fadhil, dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman; Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Ahmad Zikri Mohd Khalili.

Luqman
Pemain diberi taklimat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kem. Foto: FAM

Baca – Gandingan Mantap Jika Terpilih Mewakili Skuad B-19 Negara

Menurut Berita Harian, seramai 34 pemain melapor diri ke kem latihan pusat skuad B-19 di Wisma FAM sebagai persiapan awal bagi menghadapi kejohanan yang akan berlangsung Oktober ini di Uzbekistan.

Manakala Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal akan menyusul bagi menyertai pasukan sejurus berakhir tempoh kuarantin selepas tiba di tanah air dari Amerika Syarikat.

Seramai 17 pemain terus melakukan ujian calitan sebaik sahaja melapor diri, manakala selebihnya sudah melakukannya sebelum ini bersama pasukan masing-masing.

Mereka juga diberi taklimat mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kem latihan pusat berkenaan. – Berita Sukan

Leave a Comment