kasut emas

Bidaan Terkini Kasut Emas Khalid Jamlus Bernilai RM99,999

KUALA LUMPUR: Kasut Emas Khalid Jamlus Bernilai RM99,999. Dengan nilai terbaru itu, bekas penyerang Perak dan Kebangsaan, Khalid Jamlus sah akan melepaskan Anugerah Kasut Emas Liga Perdana yang dimenanginya pada tahun 2002  itu.

Harga bidaan terbaru itu telah disahkan sendiri oleh Khalid ketika ditemui pada sesi bertemu peminat di Bangi, petang semalam.

Siapa bida Kasut Emas Khalid Jamlus Bernilai RM99,999?

Walau Bagaimanapun, Khalid merahsiakan ‘tuan baharu’ kasut tersebut yang kini sedang berada di Australia dan hanya akan mengambilnya selepas pulang ke tanah air nanti.

“Individu terbabit hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice dan dia kini berada di luar negara. Dia menghubungi saya dan mengatakan ‘Khalid, saya mahu but itu dan katakan sahaja berapa harganya.’

“Saya letakkan harganya dan dia bersetuju dengan apa yang saya minta. Dia menyokong saya dan mahu kasut itu pada harga seperti yang dinyatakan,” kata Khalid.

Khalid juga berkongsi cerita pada masa yang sama. Katanya dia pernah ditipu oleh seseorang ketika membuat bidaan untuk Kasut Emas tersebut sehingga membuatnya bertindak membuka bidaan sekali lagi.

Khalid menambah, ada individu yang cuba main-main apabila membida sebelum ini. Atas sebab itulah beliau bertindak membuka bidaan sekali lagi. Khalid sebenrnya tidak pernah berjumpa dengan Tuah Noce tetapi beliau percaya kepada lelaki itu.

Menurut sumber dari Berita Harian, kini Khalid Jamlus sedang menunggu pembida tersebut pulang ke tanahair untuk mengambil kasut emas daripadanya.

Baca: Khalid Jamlus Lelong Kasut Emas Miliknya

Kami yang pernah meminati Khalid satu ketika dulu, terutama ketika aksi bersama skuad kebangsaan, berharap agar hasrat beliau itu tercapai dan sedikit sebanyak meringankan beban beliau. – Berita Sukan

Leave a Comment