Jamsari Sabian

Selepas Khalid Jamlus, Terbaru Jamsari Sabian Nak Let Go 3 Medal Kejuaraan 2005 Bersama Selangor

Selepas kisah Khalid Jamlus let go kasut emas beliau beberapa hari lalu, terkini seorang lagi bekas pemain bolasepak yang dianggap berjaya dan merupakan rakan sepasukan Khalid Jamlus ketika beraksi untuk pasukan Selangor satu ketika dulu membuat keputusan untuk ‘let go’ 3 keping medal kejuaraan treble yang dimenanginya pada tahun 2005.

Jamsari Sabian Juga Nak Let Go Medal?

Siapa yang tidak kenal Jamsari Sabian? Pada musim 2005, beliau telah mengecapi 3 kejuaraan bersama Selangor iaitu Juara Liga Premier, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia. Ketika itu pasukan Selangor dikendalikan oleh Jurulatih Dolah Saleh. Menerusi laman Facebook miliknya, beliau telah memuat naik gambar medal yang mahu dijual itu kepada sesiapa yang berminat.

Jamsari Sabian tidak menyatakan sebab dalam statusnya mengapa mahu menjual koleksinya itu namun sudah pasti beliau juga sedang berada dalam situasi sukar yang membuatkan beliau terpaksa bertindak mengambil keputusan untuk menjual barang-barang berharga seperti ini.

Piala Malaysia 2005 menyaksikan Selangor yang pada ketika itu diketuai oleh Shukor Adan berjaya menjinakkan pasukan Perlis dengan jaringan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bambang Pamungkas menjadi hero dengan jaringan hatriknya dihadapan 93,569 orang penonton.

Bagi Piala FA pula, pasukan Selangor telah menumpaskan pasukan Perak dengan 4-2 di hadapan penyokong mereka sendiri. Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Bambang Pamungkas (2 gol), Brian Fuentes dan Ellie Aiboy.

Sumber: Vocketfc

Itulah detik-detik bersejarah Jamsari Sabian sehingga memperolehi 3 medal bermakna ketika itu. Semoga beliau beroleh rezeki yang lebih baik selepas ini.

Leave a Comment