Isaac Angking

Isaac Angking Belum Sedia Beraksi Dalam Liga Malaysia

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Philip Jabu memberitahu pernah merisik Isaac Angking, pemain kacukan Malaysia dan Amerika Syarikat, bagi beraksi dalam Liga Premier musim ini sebagai pemain import.

Namun, Isaac, 20, yang bermain di posisi tengah masih mempunyai kontrak dengan kelabnya, New England Revolution dan belum bersedia untuk pulang ke negara sebelah ibu dan datuknya. Kelabnya beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Datuk Isaac Angking Orang Sarawak

Difahamkan datuknya Dunstan Nyaring Angking, merupakan seorang pesara ATM berpangkat Kolonel berasal dari Betong, Sarawak. Difahamkan ia merupakan bangsa Iban pertama yang mencapai pangkat Kolonel dalam ATM.

Manakala ibunya, Daliah Angking berasal dari Kuching dan masih ada ahli keluarga yang menetap di sana.

Isaac Angking
Datuk dan ibunya adalah orang Sarawak. Foto – Twitter

“Banyak proses yang perlu kita lalui untuk membawa beliau dalam pasukan kita. Tambahan pula, Isaac masih menyambung pengajian di negara kelahiran beliau.

“Isaac juga menyatakan bahawa beliau masih terikat dengan kelab bola sepak di Amerika Syarikat dan belum bersedia untuk berpindah daripada negara kelahirannya,” katanya lagi.

Isaac Angking dilahirkan di Rhode Island memulakan karier bolasepak bersama New England Revolution ketika berusia 14 tahun. Beliau juga pernah beraksi bersama skuad B-17 dan 20 tahun kebangsaan Amerika Syarikat.

Nicco Roffo, iaitu ejen kepada Isaac sebelum ini berkata pemain itu bersedia untuk pulang jika dipanggil mewakili skuad kebangsaan dalam perlawanan peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, tiada sebarang komunikasi dengan FAM.

“Isaac begitu berbangga mempunyai pertalian darah Malaysia dan terbuka jika mendapat panggilan untuk menyarung jersi kebangsaan.

“Umurnya baru 19 tahun, karier bola sepak dia masih panjang dan sekarang ini tumpuan utama adalah pada kelab yang diwakilinya.

“Adakah baru sekarang mereka mengetahui Isaac mempunyai darah kacukan Malaysia? Buat masa ini FAM tidak menghubungi Isaac atau saya untuk bertanya mengenai kemungkinan mewakili skuad kebangsaan.

“Tapi apa yang boleh saya katakan Isaac sudah pasti akan mempertimbangkan perkara terbabit,” kata Roffo dalam Arena Metro satu ketika dahulu.

Sumber: VocketFC

Rupanya ramai juga ubi-ubi muda yang mempunyai pertalian dengan Malaysia berada di luar negara termasuk Isaac Angking ini. Adakah mereka ini mampu membawa Malaysia pergi lebih jauh dalam arena bolasepak antarabangsa. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Baca – Newcastle United Nafi Mahu Khidmat Luqman Hakim

Leave a Comment