Harry Edge

Harry Edge Tidak Berminat Mewakili Harimau Malaya

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam, mengesahkan Harry Edge, pemain kacukan New Zealand-Malaysia yang kini mewakili sebuah kelab Sweden, dikatakan tidak berminat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Siapa Harry Edge?

Spekulasi tentang Harry Edge yang dikatakan berpotensi cerah menjadi rekrut terbaru dalam skuad Harimau Malaya mula bertiup kencang apabila Declan Edge, ayah pemain itu membuat kenyataan di media sosial bahawa beliau berasal dari Melaka dan justeru itu mengikut peraturan FIFA, Harry Edge layak bermain untuk Malaysia.

Pemain yang berusia 26 tahun kini sedang mewakili kelab Torslanda IK di Sweden dan pernah bermain untuk Auckland City di New Zealand.

Sementara itu mengenai status Marcel Kalonda, ada beberapa petanda positif tentang peluang pemain ini untuk bersama Harimau Malaya. Namun masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya.

Minggu lepas, Kalonda telah menghantar beberapa dokumen sebagai bukti bahawa dia mempunyai pertalian dengan Malaysia kepada FAM dan Badan Induk Bolasepak Malaysia itu masih lagi meneliti semua dokumen tersebut dengan pelbagai pihak berkuasa.

“Kami juga telah meminta beliau untuk mengemukakan beberapa lagi dokumen berkaitan sebagai bukti, sebelum boleh membawa ke peringkat seterusnya. Buat masa ini semua di peringkat awal,” ujar Stuart.

Kini, Harimau Malaya mempunyai beberapa pemain berdarah kacukan di dalam pasukan seperti Brendan Gan dan Matthew Davies (Malaysia-Australia); La’vere Corbin Ong (Malaysia-Canada) selain dua pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Sumber: Labola

Apa yang kita lihat, prestasi bolasepak Malaysia akhir-akhir ini telah membuka mata banyak pihak setelah sekian lama tercicir jauh ke belakang walaupun di kalangan rakan-rakan dari pasukan Asean.

Leave a Comment