justin gaethje

Justin Gaethje – “Hanya 3 Pusingan Untuk McGregor”

Justin Gaethje mendakwa Conor McGregor hanya akan mendapat tiga pusingan sahaja jika bertarung dengannya.

Menurut BH Online, spekulasi ini timbul mengenai pertarungan antara mereka berdua sejak kebelakangan ini. Ianya adalah susulan selepas kemenangannya mengatasi Tony Ferguson pada Mei lalu dan akan mencetuskan pertarungan dengan Khabib Nurmagomedov iaitu pencabar utama Conor McGregor selepas ini.

Jadikah Justin Gaethje Bertemu Dengan McGregor?

Namun dilihat prospek bagi pertarungan antara Justin Gaethje-Conor McGregor seolah-olah tidak akan menjadi kenyataan apabila McGregor umum bersara awal bulan ini.

Namun jika sekiranya atlet Ireland itu kembali ke Octagon dan bertarung dengan JustinĀ  Gaethje, ia mungkin satu usaha yang akan menyebabkan dia kalah pada akhirnya.

“Kawalan jarak ialah faktor No 1 dalam sebarang pertarungan,” katanya kepada ESPN.

“Ia akan kelihatan dalam 30 saat pertama. Ia bukan tidak boleh dilihat, tetapi semakin mengukuh, dan ia akan menjadi faktor utama dalam pertarungan kami. Siapa yang boleh mengawal jaeak?

“Perkara paling bagus mengenai saya ialah kebolehan menyepak lawan, jadi apabila mereka cuba mengawal jarak atau memang mereka bagus dalam aspek itu, saya boleh menyepak di kaki dan cuba menghidupkannya. Secara jujur saya boleh mengalahkannya.

“Saya rasa dia akan dapat kira-kira tiga pusingan” – Berita Sukan

Leave a Comment