gandingan mantap

Gandingan Mantap Jika Terpilih Mewakili Skuad B-19 Negara

Skuad B-19 Tahun Kebangsaan dilihat tidak memandang ringan kejohanan bolasepak AFC B-19 Tahun yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan bermula 14 Oktober ini.

Sebagai contoh adalah kesungguhan pengurusan pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain yang mempunyai pertalian dengan Malaysia iaitu Jaami Qureshi yang berpangkalan di England.

Gandingan Mantap Jika Terlaksana

Pengurus Skuad B-19 Kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin menyatakan kesediaan beliau untuk pergi ke England bagi memantau sendiri perkembangan pemain yang pernah mewakili Skuad B-15 Tahun England bagi membuat penilaian.

Bagi pembaca yang baru mengenali Jaami, pemain ini bermain di posisi peny3rang. Beliau juga pernah menimba ilmu dengan beberapa akademik bolasepak  ternama di England seperti akademi Brentford, Chelsea dan Fulham.

Jaami Qureeshi
Skuad Brighton B-16 bagi tahun 2019 / 2020. Foto: facebook

Kelab yang diwakili Jaami, Brighton & Hove Albion FC bersetuju memberi pelepasan kepada Jaami sekiranya beliau terpilih menganggotai Skuad B-19 Malaysia yang dibimbing oleh Brad Maloney.

Jika benar berlaku, barisan hadapan negara akan diisi oleh gandingan mantap Jaami dan Luqman Hakim. Gandingan ini dilihat bakal memberi kelebihan buat pasukan negara dengan kemampuan Luqman dan pengalaman yang dimiliki oleh Jaami akan memainkan peranan penting buat Malaysia di Kejohanan AFC B-19 yang akan datang.

Baca: Luqman Beri bayangan Kekal di Selangor 2

Sumber: paduteruk

Peminat memang mahukan yang terbaik buat pasukan negara dan ini terpulang kepada pengurusan untuk memilih pemain yang benar-benar layak bagi mendapatkan gandingan mantap – Berita Sukan

Leave a Comment