Chan Vathanaka

BG Phatum Mahukan Bekas Pemain Pahang, Chan Vathanaka

Kelab Thai League 1, BG Pathum United nampaknya belum selesai dalam pencarian bagi mendapatkan pemain-pemain baru berkualiti.

Baru-baru ini pasukan itu dikhabarkan mahu mendapatkan bekas pemain Pahang dan PKNS FC, Chan Vathanaka dari Kemboja.

BG Phatum Mahukan Chan Vathanaka

SMM Sport melaporkan, kelab berkenaan mahu mendapatkan Vathanaka bagi menghadapi baki saingan Thai League musim ini sekaligus memperkuatkan jentera hadapan pasukan.

Vathanaka
Vathanaka ketika beraksi bersama pasukan Tok Gajah

Chan Vathanaka, 26, beraksi sebagai pemain sayap itu kini beraksi bersama dengan Boeung Ket Angkor FC. Kelabnya kini menghuni tangga ketiga dalam saingan Metfone Cambodian League (MCL).

Selain pernah beraksi bersama Pahang, beliau juga pernah mencurah bakti bersama PKNS FC yang kini dikenali sebagai Selangor 2 pada musim lalu. Vathanaka juga pernah beraksi secara pinjaman dari Boeung Ket dengan Fujieda MYFC di Jepun pada 2017.

Sumber: VocketFC

Baca: Tukar Status Kepada FC (Kelab) Atau Lupakan Saingan Asia

Jika Vathanaka menyertai BG Pathum United, kelab tersebut akan dibarisi oleh empat pemain dari Asean. Terdahulu mereka telah menandatangani Norshahrul Idlan Talaha (Malaysia), Irfan Fandi (Singapura) dan Alvaro Silva (Filipina). – Berita Sukan

Leave a Comment