Allee Putra Azril

Allee Putra Azril, Dari Kampung Ke Malaga City

Sangat berbaloi bagi Allee Putra Azril berlatih bertahun-tahun di sawah padi ditemani kambing dan biri-biri. Malah remaja berusia 15 tahun itu juga berulang alik untuk menumpang padang latihan sejauh 20 kilometer demi minatnyua dalam bolasepak.

Berbaloi Buat Allee Putra Azril

Usahanya itu sangat berbaloi buat Allee apabila ditawarkan untuk menyertai sebuah akademi bola sepak di Sepanyol iaitu FC Malaga City. Allee menggemparkan dunia bola sepak negara selepas ditawar kontrak menjalani latihan di akademi itu selama dua tahun walaupun sebelum dia bukanlah seorang pemain yang dikenali di Malaysia.

Allee Putra Azril
Gaya seorang pemain bolasepak. Gambar tahun 2014. Foto: Allee Putra Azril

Menurut HMetro, remaja ini mula berjinak-jinak dengan sukan bolasepak sejak berusia tiga tahun dan bermain atau berlatih tanpa jemu sehingga kini. Tawaran ke Malaga City adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

Allee memberitahu setiap hari dia akan berlatih selama dua jam di waktu pagi dan petang sebagai latihan kecergasan. Antaranya beliau membuat larian dan menumpang bermain bolasepak bersama pasukan Melawi FC, Bachok FC dan Rekang FC bawah 23 tahun.

Baca – Orang Besi Skuad Tok Gajah Minat Patin Tempoyak?

Tahniah diucapkan kepada adik Allee Putra Azril kerana mendapat peluang yang jarang-jarang diperolehi oleh mereka yang tidak dikenali dalam sukan bolasepak. Biasanya peluang seperti diperolehi oleh mereka yang sudah ada nama dalam sukan bolasepak dari akar umbi.

Leave a Comment