Aidil Sharin

Akhirnya Aidil Sharin Jawab Spekulasi

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, memaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah menawarkan kontrak lanjutan kepadanya untuk terus membimbing pasukan itu untuk musim hadapan. Dikhabarkan khidmat pengendali dari Singapura itu juga sedang diintai oleh beberapa pasukan tempatan dan dari Indonesia.

Setakat ini Aidil Sharin dilihat masih mampu meletakkan Kedah di tangga kedua Liga Super musim setakat ini walau berdepan pelbagai rintangan termasuk masalah tunggakan gaji.

Jurulatih berusia 43 tahun itu dikatakan menjadi calon terbaik untuk menjadi pengganti kepada Mehmet Durakovic atau B. Sathianathan pada musim depan rentetan daripada kemerosotan prestasi pasukan Perak dan Selangor.

Aidil Sharin Jawab Spekulasi

Aidil Sharin memberitahu Nadi Arena mengenai masa depannya:

“Alhamdulillah, amat baik untuk mendengar ada pasukan yang berminat dengan kerja saya tetapi sejujurnya, saya masih belum mendapat tawaran daripada kelab seperti Perak dan Selangor.

“Apa yang terkini adalah pihak pengurusan Kedah sudah berjumpa saya untuk memanjangkan kontrak saya tetapi Perak dan Selangor hanya sekadar khabar angin dan masih belum ada apa-apa.

“Sejujurnya saya masih berbincang dengan keluarga saya untuk menentukan sama ada mahu kekal (di Kedah) atau ke pasukan lain.

“Buat masa ini, saya hanya fokus kepada perlawanan yang akan datang (menentang Pahang, Sabtu ini) kerana tiga perlawanan terakhir ini amat penting untuk kami mengekalkan kedudukan kedua.

“Kedah sudah lama tidak berada di kedudukan itu, jadi dalam seminggu dua ini, saya akan mendapatkan jawapannya.

“Memang hati saya selalu berada di Kedah tetapi kita perlu melihat faktor yang lebih besar kerana saya seorang jurulatih yang sukakan cabaran.

“Memang saya amat rapat dengan pemain Kedah dan itu adalah salah satu faktor kenapa saya masih berada di Kedah walaupun pernah lima bulan tidak dibayar gaji,” katanya.

Sumber: Stadium Astro

Apa yang kita ketahui, rata-rata peminat pasukan Lang Merah mahupun Aidil Sharin kekal bersama pasukan untuk musim depan memandangkan kecemerlangan beliau mengemudi pasukan itu selama dua musim ini. –Berita Sukan

Leave a Comment