Aidil Zafuan-Norhafiz Zamani

Aidil Zafuan-Norhafiz Zamani Ibarat Gandingan Santokh-Chin Aun

Farizal Marlias, penjaga gol pasukan JDT menyifatkan Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan Abdul Radzak sebagai dua pemain pertahanan tengah yang paling beliau kagumi.

Kagumi Gandingan Aidil Zafuan-Norhafiz Zamani

Farizal sebelum ini pernah beraksi bersama dengan Norhafiz Zamani ketika mewakili pasukan Hoben Jang Hoben pada musim 2011 dan 2012. Aidil Zafuan pula merupakan rakan sepasukan dalam skuad JDT dan Kebangsaan ketika ini.

Farizal mengenali Norhafiz (yang lebih mesra dipanggil Angah) sejak 2009 lagi ketika bersama-sama dalam skuad kebangsaan dan pasukan Negeri Sembilan.

Beliau menyifatkan Norhafiz Zamani sebagai seorang pemain yang mudah diterima oleh semua. Tidak terlalu kasar atau terlalu lembut ketika bercakap atau memberikan arahan.

“Dia sememangnya seorang jeneral atau ketua di atas padang kerana layanannya sama kepada semua, tidak kira pemain senior atau ‘junior’.

“Mempunyai pemain sepertinya, yang mempunyai karakter tenang serta pandai mengawal keadaan dalam kotak penalti, memudahkan tugas saya selaku penjaga gol.

“Jika Angah lebih kepada seorang yang tenang, kombinasi dengan Aidil memang secocok kerana dia pula sebaliknya iaitu sentiasa seorang yang berani mencabar penyerang lawan. Bagi saya kombinasi Angah dan Aidil ini umpama Soh Chin Aun dan Santokh Singh, iaitu daripada segi cara permainan.

“Angah seorang yang tenang iaitu mirip kepada Chin Aun sementara Aidil pula kepada Santokh Singh, seorang yang berwatakan keras, jadi mereka berdua ini saling lengkap melengkapi,” kata Farizal.

Sumber: Labola Malaya

Baca: Gandingan Mantap Jika Terpilih Mewakili Skuad B-19 Negara

Secara peribadi, Farizal meletakkan dua pemain itu dalam kesebelasan terbaik Liga Malaysia pilihannya. Anda pula bagaimana dan siapakah gandingan mantap pilihan anda setara Aidil Zafuan-Norhafiz Zamani? – Berita Sukan

Leave a Comment