tugasan besar menanti kalonda

2 Tugasan Besar Menanti Kalonda Jika Disenaraikan Dalam Skuad Harimau Malaya

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan tinggi agar dapat senaraikan calon pemain warisan, Marcel Kalonda. Dua tugasan besar menanti Kalonda di peringkat antarabangsa sebelum hujung tahun ini.

2 Tugasan Besar Menanti Kalonda

Dua tugasan besar menanti Kalonda itu dikira getir bakal akan dilalui skuad Harimau Malaya. Tugasan tersebut bermula dengan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November ini sebelum bermain disaingan Piala AFF 2020 yang dijadual berlangsung Disember depan.

Datuk Mohd Yusoff Mahadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM berkata, dengan adanya tonggak tinggi lampai itu akan memantapkan lagi pasukan negara khususnya di bahagian benteng pertahanan tengah.

Pihaknya kini sedang meneliti semua dokumen rasmi berhubung latar belakang Kalonda sebelum ianya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen.

Sekiranya proses itu dapat diselesaikan dengan segera, tidak mustahil kelibat Kalonda sebagai pemain warisan akan dapat dilihat pada 8 Oktober ini apabila skuad Harimau Malaya turun berdepan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai.

Lima hari selepas melayan UAE, skuad Harimau Malaya akan berdepan Vietnam di Bukit Jalil sebelum menutup kempen Kumpulan G kelayakan Piala Dunia pada 17 November untuk berhadapan Thailand di Bangkok.

“Bahagian undang-undang FAM ketika ini meneliti semua dokumen yang sudah diserahkan Kalonda kepada FAM. Semua dokumen berkaitan sejarah latar belakangnya dan hubungan dengan Malaysia kita dah terima. Selesai proses penelitian baru kita akan hantar kepada KDN dan Imigresen.

“Memang kita harap kalau boleh proses kelulusan daripada pihak kerajaan itu dapat dipercepatkan bagi membolehkan kita menyenaraikan namanya secepat mungkin. Tapi dia tetap kena melalui ujian pemilihan dan kalau jurulatih setuju, mungkin dia boleh bermain sebelum hujung tahun ini. Kalau lagi awal, lagi baik,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Semalam Harian Metro melaporkan tentang keinginan tinggi Kalonda untuk menyarung jersi Harimau Malaya dan dia sudah melengkapkan baki dokumen yang tersangkut sebelum ini. FAM juga mengharapkan agar dia dapat diserapkan ke dalam pasukan. Walau belum berjaya diserapkan, sudah ada dua tugasan besar menanti Kalonda.

Dokumen tersebut adalah membabitkan sijil kelahiran dia dan datuknya, sijil perkahwinan ibu bapa, pasport dan surat daripada Persatuan Bolasepak Republik Congo sudah diserahkan kepada FAM.

Kalonda dikatakan mempunyai hubungan dengan negara ini kerana datuknya berasal dari Sabah dan kini beraksi dengan kelab ZESCO United dalam Liga Zambia.

Baca – Peluang Marcel Kalonda Sertai Harimau Malaya Tampak Cerah

Leave a Comment